SAJBR

Search
Close this search box.

Satu permulaan..

Gagah melangkah meneruskan usaha

Surau sementara kita bersama

Alhamdulillah Kita Sampai Disini

KRONOLOGI PEMBINAAN DAN PENGIMMARAHAN SURAU AL-JANNAH, BANDAR RIMBAYU PADA PERINGKAT AWAL TAHUN 2015 – 2018.

Merenung kembali kisah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Makkah ke Kota Madinah. Setibanya baginda tiba di Madinah, program pertama yang diuruskan oleh Rasulullah adalah pembinan Masjid Quba’. Pembinaan ini merupakan suatu titik penting terhadap kepentingan pembinaan masjid dalam membina sebuah negara dan masyarakat yang bersatu padu, hingga projek itu dijalankan tanpa memerlukan masa untuk menyimpan dana atau “mesyuarat” yang berjela-jela.

Bandar Rimbayu adalah merupakan satu projek pembinaan bandaraya baru di dalam kawasan Kuala Langat. Surau atau Masjid yang berdekatan terletak lebih kurang 5-10 kilometer daripada kawasan perumahan penduduk Rimbayu. Diatas semangat hijrah dan kesedaran untuk menyatukan penduduk yang beragama Islam dan menunaikan fardhu kifayah bagi perlaksanaan solat secara berjemaah, berberapa orang penduduk telah berkumpul sebagai penggerak untuk memulakan pembinaan surau bagi kawasan qariah Bandar Rimbayu.

Oleh kerana kos dan masa bagi pembinaan surau yang dirancang adalah besar dan mengambil masa yang lama. Diatas inisiatif penduduk-penduduk Bandar Rimbayu, telah berkumpul berganding tenaga dan wang bagi membina surau sementara yang ada pada masa ini. (** Pada tarikh 25 October 2015, satu perjumpaan pertama kali untuk merancang pembinaan surau).

Pembinaan surau sementara ini telah bermula dengan perancangan daripada bulan Mac 2018 bagi menyediakan tempat untuk menunaikan solat terawih secara berjamaah bagi kemudahan penduduk Bandar Rimbayu. Pada awalnya tempat solat dibina dengan khemah “marquee tent”, kemudian di ganti dengan kontena dan selanjutnya ditambah baik sehingga hari ini.

Alhamdulillah, kita sampai disini.

Tambahan maklumat;

– Surat Kelulusan IJM LAND ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) (Tahun: 2016).
– Surat Kelulusan JAIS ke PROTEM SAJBR (Tahun: 2017).
– Pembinaan Surau Sementara (1st) (Tahun: 2018).
– Surau Kekal siap (Tarikh: 8/3/2024).
– Penyerahan Surau ke JAIS (Tarikh: 1/4/2024 / 21 Ramadan 1445H)